Header

‘Saya tidak malu muncul di pentas anjuran PAS’


JELI: Gelombang penyatuan ummah yang berlaku sekarang memastikan orang Melayu Islam menguasai majoriti pentadbiran Putrajaya pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Malam tadi menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila PAS dan Umno bergabung di satu pentas.

Kuala Balah yang menjadi kubu Umno sejak 2004 merelaikan kisah lama bagi menggabungkan dua parti Melayu terbesar di tanah air.

Kehadiran kedua-dua penyokong memenuhi ruang pasar Kuala Balah bagi menyemarakkan detik penyatuan ummah.

Setiausaha BN Kelantan, Dato’ Md Alwi Che Ahmad berkata rakyat sudah lama menunggu detik penyatuan ummah selepas berakhir PRU14.

Katanya, kekuatan kedua dua pihak perlu digemblengkan dalam keadaan sekarang.

"Saya tidak malu untuk muncul pada ceramah di pentas anjuran PAS. Malah sudah lima kali menghulurkan derma yang dikutip petugas PAS," katanya.

Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata detik bersejarah itu yang kedua berlaku di Kelantan selepas membantah usaha ratifikasi ICERD oleh Pakatan Harapan.

Hadir sama Pemangku Ketua Umno Jeli, Dato’ Abdul Aziz Derashid, Yang Dipertua PAS Jeli. Mohd Apandi Mohamad, timbalannya Dato’ Abdullah Yakub dan Naib Yang Dipertua. Mohamad Abdul Hamid. – HARAKAHDAILY 24/3/2019


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

1 comment:

  1. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.