Header

Facebook Menguji Paparan Facebook Stories Di Desktop

Facebook sedia menawarkan sokongan Facebook Stories yang membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video yang hilang selepas tempoh 24 jam. Ciri ini hanya ditawarkan untuk pengguna di peranti mudah-alih sahaja buat masa ini, tetapi kini laman sosial terkemuka berkenaan turut telah menguji ciri berkenaan di desktop.

Melalui ujian yang dilakukan oleh Facebook, ia dilihat akses ke Facebook Stories dipaparkan pada bahagian tepi dan bukannya pada bahagian hadapan seperti di peranti mudah-alih. Selain itu, pengguna hanya boleh melihat sahaja, dan tidak boleh berkongsi kandungan dari desktop buat masa ini.

Melalui TechCrunch, pihak Facebook mengesahkan perkara in, dan mengatakan ia masih diperingkat ujian buat masa ini. Tetapi, tidak mustahil untuk kita melihat Facebook memperkenalkannya – sekaligus mengikat pengguna untuk tempoh masa yang lebih lama pada platform berkenaan.

Buat masa ini, ciri Stories di Instagram dan WhatsApp Status digunakan oleh lebih 250 juta pengguna setiap bulan. Facebook masih tidak berkongsi angka pengguna Facebook Stories – tetapi tidak mustahil ia juga adalah sangat tinggi. - AMANZ



....
Kangkung
http://tokeikangkung.blogspot.com/

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.