Header

Anwar kena jadi ‘presiden’, dengar cakap timbalan, kata wakil PKR


KUALA LUMPUR, 28 Mac — Hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali perlu dibaiki semula, kata seorang wakil rakyat PKR.

Dr Afif Bahardin berkata presiden PKR dan timbalannya perlu menyemai sikap mempercayai terutama selepas berakhirnya pemilihan parti, lapor Malaysiakini.

“Anwar perlu bersikap seperti presiden, boleh mendengar dan bekerja secara dekat dengan timbalannya.

“Kepercayaan antara mereka perlu dibina semula, terutamanya selepas pemilihan parti yang sengit.

”Kedudukan Azmin terjamin dengan kemenangan dalam pemilihan parti jadi harapan akar umbi untuk Azmin menjadi timbalan Anwar perlu dihormati.

”Perlu ada sikap saling menghormati antara presiden dan timbalan presiden,” katanya.

Exco Pulau Pinang itu mengulas kenyataan Anwar yang meminta Azmin “bertenang”.

Azmin dalam satu ciapan sebelum ini menggariskan sikap yang diperlukan pemimpin dipercayai merujuk kepada Nurul Izzah Anwar.

Izzah dalam satu wawancara bersama akhbar Singapura pula menyifatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “bekas diktator” yang menyebabkan banyak kerosakan.



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.