Header

‘Dia punya hal’, PM ulas pembangkang keluar PAC


ALOR STAR, 25 Mac — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Anggota Parlimen pembangkang yang meletak jawatan daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) adalah ‘hal sendiri’.

“Tak apa, nak letak (jawatan) letaklah, dia punya hal lah,” jawabnya ringkas kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan Amanat Khas Perdana Menteri bersama Penjawat Awam Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan semua Anggota Parlimen pembangkang yang menganggotai PAC hari ini meletak jawatan serta-merta sebagai membantah keputusan mengekalkan pengerusinya kepada wakil kerajaan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sebagai berkata notis peletakan jawatan kesemua Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS yang menganggotai PAC akan dibuat segera. — Bernama



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.