Header

Kenapa paksa Khazanah bayar dividen kepada MoF walaupun dalam keadaan rugi ?


Selepas nilai aset bersih Khazanah jatuh RM25 bilion pada tahun lepas, Azmin Ali menyeru Rakyat Malaysia untuk lupakan isu ini sahaja.

Dia kata kita tidak patut tuding jari lagi.

Dia nak “move on” pulak.

Jangan main “blame game” pulak.

Ok, saya akan try lupakan…

Tetapi saya tak pasti Rakyat akan senang untuk lupakan kejatuhan nilai Khazanah sebanyak RM25 bilion, kerugian RM6.3 bilion iaitu kerugian pertama dilaporkan sejak tahun 2005, ataupun berbilion-bilion aset miliknya yang telah dijual selepas PH mengambil alih.

RM25 bilion sudah lesap dalam masa satu tahun sahaja, senang-senang dia panggil orang untuk lupakan begitu sahaja.

Satu lagi yang saya nak tanya ialah mengapa masih mahu paksa Khazanah untuk bayar dividen RM1.5 bilion lagi kepada Kementerian Kewayangan untuk tahun lepas sedangkan mereka telah rugi besar?

Najib Razak



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.