LGBT: Kerajaan PH jangan berdiam diri
HARI Wanita yang
berlangsung semalam telah dicemari dengan sebilangan kecil kumpulan
wanita yang berarak di sekitar Kuala Lumpur dengan melaungkan slogan
"LGBT" atau nama penuhnya lesbian, gay, bisexual, transgender dengan
isyarat akan menyokong dan mendukung gerakan tersebut.
Gerakan yang kononnya memperjuangkan hak
wanita itu juga berkumpul di sekitar Sogo serta menerangkan kepada
masyarakat akan tujuan demonstrasi tersebut diadakan sebelum berarak ke
Dataran Merdeka.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
(DPPWP) mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut kerana ianya jelas
bertentangan dengan ajaran Islam dan memberi kesan negatif kepada
Malaysia amnya yang majoriti rakyat negara ini adalah beragama Islam.
Demonstrasi yang berlangsung dibawah
anjuran Sisters In Islam (SIS) itu juga menampakkan golongan liberal
yang sekarang ini semakin berani memperjuangkan agenda mereka
terutamanya setelah pertukaran kerajaan dibawah pimpinan Pakatan
Harapan.
Selain itu juga peruntukan khas daripada
Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Hannah
Yeoh yang memeperuntukkan sebanyak RM30,000 kepada SIS ini amat jelas
menunjukkan seolah-olah Kerajaan PH menyokong dan merestui perjuangan
mereka ini. DPPWP amat kesal atas peruntukan yang diberikan oleh YB
Hanna Yeoh ini dan mendesak agar peruntukan ini ditarik balik.
DPPWP memberi amaran keras kepada
golongan SIS ataupun mana-mana gerakan yang cuba mempromosikan budaya
barat yang terang-terangan bertentangan dengan Islam kerana ianya boleh
membawa kepada kesan ketidakharmonian kaum serta membawa nama buruk
Malaysia yang terkenal sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya
beragama Islam.
DPPWP juga menggesa Kerajaan Pakatan
Harapan agar bertindak tegas terhadap golongan yang memperjuangkan LGBT
ini kerana ianya dilihat semakin merebak dan amat berani memperomosikan
agenda mereka secara terang- terangan tanpa ada rasa segan dan silu.
Jangan sampai ianya terjadi kepada anak
cucu kita baru pihak kerajaan tersedar akan perkara ini. Bak kata
pepatah melayu, jangan sampai "sudah terhantuk, baru tergadah"
"Terus Beriltizam Bersama Islam"
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Post a Comment