Header

Tutup MAS? Kerajaan teliti sebarang kemungkinan


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terbuka terhadap sebarang kemungkinan untuk menangani kerugian yang ditanggung Malaysia Airlines Bhd (MAS).

“Untuk menutup syarikat penerbangan nasional, ia satu hal serius.

“Kamu ingat tak, dulu pun ada kajian tentang ini, sama ada kita patut tutup, jual atau buat penstrukturan semula kewangan.

“Kerajaan terbuka untuk mempertimbangkan semua kemungkinan ini. Kita perlu putuskan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di parlimen.


Beliau diminta mengulas pendapat penganalisis bahawa MAS patut ditutup susulan kerugian dihadapinya.

MAS mengalami kerugian sejak diswastakan pada tahun 2014.

Dr M hadir mesyuarat pengarah MAS

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali, memaklumkan satu mesyuarat lembaga pengarah telah diadakan melibatkan pengurusan Khazanah dan MAS yang turut dihadiri oleh Dr Mahathir.

“Tun telah memberikan pandangannya tentang bagaimana kita patut menguruskan situasi tersebut.

“Saya rasa mereka melihat perkara ini dengan serius. dan akan menemui jalan penyelesaian,” katanya kepada pemberita di parlimen hari ini. 



Tambahnya, ada langkah telah diambil bagi menjana keuntungan seperti mendapatkan perkhidmatan carter untuk urusan umrah dan haji.

“Salah satunya, mereka baru mendapat carter perkhidmatan baru dari Kuala Lumpur ke Madinah di bawah Projek Salam untuk membawa umat Islam dari Malaysia dan dari kawasan rantau ini untuk mengerjakan haji dan umrah.

“Harapnya juga, kita dapat meneroka pasaran baru dari Indonesia dan Thailand,” katanya lagi.

Untuk rekod, MAS mempunyai enam pesawat A380 yang tersadai di lapangan sejak beberapa tahun lalu.



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.