Header

Zamihan: Tuduh mangsa Christchurch ‘lari dari jihad’, pemuda disiasat Jakim


KUALA LUMPUR, 21 Mac — Unit Risakan Bersepadu dibentuk bagi menyiasat individu yang melabel mangsa bunuh di Christchurch sebagai “pendatang yang lari dari jihad”.

Zamihan Mat Zin berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mendapatkan data video dan tulisan Muhammad Adam Iman walau akaun Facebooknya dipadam.

Pegawai Jakim juga mengesahkan Adam yang “lari dari medan Facebook” adalah bekas pelajar Darul Quran, sebuah institusi pengajian agama kendalian jabatan tersebut.

“Kami memandang serius perkara ini agar nama Jakim tidak terpalit dan menjadi buah pukul bagi ahli politik atau menimbulkan pandangan negatif serta keresahan masyarakat bukan Islam terhadap institusi Jakim,” tulisnya.

Minggu lalu, Adam yang didakwa Zamihan sebagai “pemuja gerakan al-Qaeda” menuduh mereka yang “lari dari jihad peperangan tidak menyebabkan hidup kita makin lama dan berpanjangan”.

Turut dikenali sebagai Abu Faruq al-’Arifi, beliau melalui Facebook kemudian memohon maaf atas kenyataan itu kerana menyinggung perasaan mereka yang terlibat dalam tragedi tersebut.

DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.