Header

RM2.7 bilion diagihkan kepada peneroka bukan kegunaan PRU


KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan telah menggunakan wang berjumlah RM2.7 bilion untuk pilihan raya umum yang lalu.

Jelasnya, daripada jumlah tersebut sebanyak RM1.7 bilion telah diagihkan pada 2012 kepada peneroka Felda, yang mana masing-masing menerima sebanyak RM15,000 bagi sebuah keluarga.

Wang tersebut merupakan bonus kepada peneroka sempena penyenaraian FGV Holdings Bhd. di Bursa Malaysia.

Baki RM1 bilion lagi, kata Najib, diagihkan kepada setiap peneroka sebagai bonus raya dan bantuan khas pada setiap tahun.

“Kepada saya, ini ialah bayaran ikhlas dari kerajaan BN supaya kesejahteraan peneroka-peneroka dan keluarga mereka terjaga.

“Saya sedikit pun tak rasa ianya adalah membazir atau satu penggunaan tak produktif untuk membantu peneroka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali ketika berucap membentangkan Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Felda di Dewan Rakyat hari ini memberitahu, sejumlah RM2.7 bilion wang tunai hasil daripada RM6 bilion yang dijana selepas penyenaraian FGV telah digunakan oleh Barisan Nasional untuk pilihan raya.

Dalam satu hantaran berasingan di Facebooknya, Najib turut meminta kerajaan supaya tidak menjual aset Felda bagi menampung kerugian yang ditanggung oleh agensi itu.

Katanya, kerajaan Pakatan Harapan memang sengaja memburuk-burukkan Felda kerana berhasrat untuk menjual aset agensi berkenaan.

“Saya harap tidak satu inci tanah Felda yang akan dijual

Kalau perlukan wang pun, gunalah RM8.3 bilion hasil jualan IHH Berhad kepada Jepun tahun lepas atau dari RM82 bilion wang Petronas yang dijarah ataupun dari pinjaman yang meningkatkan hutang negara sebanyak RM93.3 bilion di bawah kerajaan PH sejak akhir tahun 2017.

“Kenapa perlu jual aset Felda?” soalnya.- MalaysiaGazette


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily


Iklan Berbayar :
Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.