Saya menang selesa sebab rakyat muak dengan PH Kat Mat Hassan
Mohamad Hasan berkata keputusan PRK Rantau menunjukkan rakyat menolak "politik fitnah" yang diamalkan Pakatan Harapan (PH).
Beliau kekal sebagai wakil rakyat DUN itu selepas menewaskan calon PH Dr S Streram dengan majoriti 4,510 undi.
Katanya, rakyat sebaliknya mahu tahu bagaimana kerajaan akan mentadbir negara berdepan ketidakstabilan politik dan ekonomi.
"Rakyat menolak (mereka), sebab itu kita menang dengan selesa.
"Orang sudah muak. Politik memfitnah (dan) menyalahkan orang lain ini tak pergi ke mana," katanya dalam sidang media selepas kemenangannya.
Mohamad juga mengakui banyak serangan peribadi dihalakan kepadanya sepanjang tempoh kempen selama dua minggu.
"Tuduhan terhadap Najib juga tidak sudah-sudah, seolah-olah Najib yang bertanding," katanya lagi.
Najib yang juga hadir pada sidang media itu hanya ketawa dengan kenyataan tersebut.
Mohamad mendapat 10,379 undi menewaskan Streram yang meraih 5,887 undi, serta dua calon bebas R Malar (83) dan Mohd Nor Yassin (79).
Ini bermakna beliau mendapat 63 peratus daripada keseluruhan undi.
Mohamad berkata kemenangannya dengan majoriti 4,510 undi adalah sesuatu yang tidak dijangka, terutama memandangkan pengundi Melayu hanya majoriti kecil di DUN itu.
"Di kawasan lain, orang boleh kata Umno menang kerana banyak undi Melayu (tetapi di Rantau berbeza)," katanya.
Pengundi Melayu merangkumi kira-kira 55 peratus pengundi di Rantau, manakala India (26 peratus) dan Cina (18 peratus).
Bekas MP Umno boleh sertai semula
Sementara itu beliau turut ditanya sama ada Bersatu akan terus cuba menarik lebih ramai anggota parlimen Umno untuk melemahkan parti itu.
"Mengapa mereka mahu lompat ke Bersatu? BN dan Umno kian kuat. Jika saya MP, saya tak akan lompat," katanya.
Pada pilihan raya umum lalu, Mohamad yang juga merupakan bekas menteri besar Negeri Sembilan menang tanpa bertanding selepas Streram dihalang dari masuk ke pusat penamaan calon.
Mahkamah Pilihan Raya bagaimanapun menerima petisyen Streram dan mengarahkan PRK diadakan.
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Iklan Berbayar :
☀ Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮
Post a Comment