Header

Umno pinda perlembagaan beri kuasa autonomi pada Sabah


Umno akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi melakukan beberapa pindaan perlembagaan termasuk memberi kuasa autonomi sepenuhnya kepada Umno Sabah.

Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas presiden, Mohamad Hasan, berkata pindaan itu sesuai dengan situasai politik masa kini.

Melalui pindaan perlembagaan itu, Umno Sabah diberi kuasa penuh dan dapat membuat keputusan tanpa perlu merujuk Umno pusat.

EGM itu akan diadakan serentak dengan perhimpunan agung parti yang dijadualkan pada 13 hingga 16 Nov nanti.

"Pindaan perlembagaan juga antara lain untuk memberi kuasa autonomi sepenuhnya kepada Umno Sabah, ia sesuai dengan situasai politik kini," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain itu jelas Mohamad, pindaan perlembagaan parti itu juga turut menyentuh soal keahlian parti sesuai dengan kedudukan Umno yang bukan lagi parti kerajaan.

"Perlembagaan dulu banyak menghalang berbanding membuka ruang, kita mahu buka seluas-luasanya untuk menjadi ahli Umno, khususnya anak muda," katanya.

Umno melakukan beberapa pembaharuan selepas kekalahan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, selepas lebih 60 tahun menguasai kerajaan.

Autonomi untuk Umno Sabah antara tuntutan yang dikemukakan selepas parti itu turut gagal mempertahankan kemenangannya di Sabah.

Keputusan untuk memberi kuasa autonomi penuh dipersetujui oleh MT Umno demi kelangsungan parti itu di Sabah.

Dalam pada itu Mohamad berkata, MT Umno juga membuat keputusan untuk melanjutkan mesyuarat Umno cawangan yang sepatutnya berakhir 30 April kepada 30 Mei.

Begitu juga mesyuarat Umno peringkat bahagian yang dijadualkan pada 15 Jun sehingga 30 Jul kepada 15 Ogos.



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily


Iklan Berbayar :
Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.