Header

Infaq Wajib ada yang cuba mengelirukan demi nak cari isu


Bismillah, Sejak zaman berzaman, masyarakat Malaysia sudah maklum PAS akan buat infaq atau kutipan daripada Ahli PAS sepanjang Ramadhan.

Ya daripada ahli PAS. Saya Ulangi lagi, daripada Ahli PAS.

Dan PAS akan memberikan duit tersebut dalam bentuk Wang, Makanan, atau Pakaian kepada anak2 yatim, fakir miskin, ibu2 tunggal, dan mereka2 yg memerlukan sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

Budak2 wechat & budak2 1st time mengundi, undi PH pastu menang mana faham benda ni apatah lagi nak selami kesusahan & keperitan hidup rakyat.

Seolah2 mereka membesar di atas tikar dan tilam wang ringgit.

Di samping membantu rakyat, PAS secara tidak langsung membantu Institusi2 Kerajaan, baik Lembaga Zakat mahupun Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kerana terlalu ramai lagi saudara2 SeIslam kita yg susah dan sempit hidup mereka.

Justeru PAS mengambil inisiatif ini untuk membantu mereka.

Moga Allah merahmati & mengampuni pejuang2 & aktivis2 PAS yg terdahulu, samada yg telah meninggal ataupun yg masih hidup.

Wajib untuk ahli PAS, Wajib disini bukanlah maksud Wajib Syar'i seperti Hukum Fiqh yang 5 itu (Harus, Wajib, Haram, Sunat, Makruh)

Ataupun seperti Wajibnya melaksanakan 5 Rukun Islam.

Wajib dimaksudkan adalah seperti Wajibnya peraturan, biasanya jika berlogo PAS hanya kpd Ahli PAS.

Contohnya:
Di dalam sekolah, pesan Guru kepada Murid : "Esok, semua orang wajib bawa buku ye".

Harap dapat memahamkan Tuan2 & Puan2.

Sapa ada masalah atau kemusykilan dengan PAS dlm bab ni saya jemput Jom berjumpa dengan saya secara berhadapan utk kita berdiskusi tentang Zakat dan siapa berhak mengutip serta mendapat Zakat.

WAN





DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.