Header

Lokman Adam, Gobalakrishnan dibebas dengan jaminan polis


KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam dan ahli MIC, N Gobalakrishnan yang ditahan semalam, dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat dalam kenyataan hari ini berkata, mereka dibebaskan kira-kira 7 pagi tadi selepas siasatan awal selesai.

Semalam, Fadzil dilaporkan berkata, Lokman dan Gobalakrishnan ditahan di Taman Teknologi, Kajang kira-kira 6.45 petang kerana menghalang tugas penjawat awam serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.