Header

Exco DAP hanyirkan polis


Pada awal kes ini timbul iaitu bulan julai, bilamana kes seorang Exco kerajaan Perak dari parti DAP disabitkan dengan tuduhan merogol pembantu rumahnya, ketua DAP Perak sendiri mengiringi kenyataan akan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan terhadap YB Paul Yong. Nampak macam dia berani dan tidak bersalah.

Bila kes ini dibawa ke Mahkamah untuk proses sebutan kes, yang kena tuduh merogol, YB Paul Yong, dengan berang mengamuk dan menuduh polis yang terlibat dalam siasatan kes beliau sebagai tidak profesional.

Dakwanya, sepatutnya beliau tidak didakwa jika polis menjalankan tugas dengan baik kerana dia kata ada bukti pengadu disogok RM100,000. Tapi YB Dap ini kata dia tidak boleh dedahkan kerana tiada bukti yang cukup. Berbelit-belit dan nada ketakutan serta cemas tersembur dari rauk wajahnya.

Pegawai polis yang menjadi pegawai penyiasat kes ini kebetulan bernama ASP Yap Siew Cheng, jikalau pegawai penyiasat ini bernama ASP Kudin atau ASP Dollah sudah tentu lagi teruk polis akan disalahkan dan dihina.

Inilah 'Bangsa DAP' yang semakin celaka dan kurang ajar. Dia tidak sedar dia sudah diberi layanan istimewa sejak kes ini timbul dia tidak ditahan reman. Tapi masih menyalak menyalahkan polis tidak buat itu, polis tidak buat ini. Dia berani sebut ada orang di belakang kes ini, tapi dia mengaku tiada bukti jelas apa yang dia kata. Hanya dia percaya sahaja. Lepas tu nak suruh polis siasat orang yang dia syak.

Akhirnya polis dihanyirkan dan salahkan. Dia mungkin lupa peluang dia tidak sabitkan dengan pertuduhan jika semua kelemahan proses siasatan polis memberi peluang kepada peguamnya di mahkamah.

Jadi kenapa YB Exco ini tidak gunakan ketidakprofesionalnya polis ini sebagai peluang kepadanya, sebaliknya menghina pihak polis. Inilah bangsa DAP yang angkuh.

NARAZA MUDA



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

2 comments:

  1. Kerajaan sewajarnya mencutikan exco ini serta merta kerana menghanyirkan sebuah kerajaan negeri. Serahkan kpd pihak PDRM laksanakan siasatan secara telus dan adil.

    ReplyDelete
  2. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.