Header

Siasat Tun M, LGE dan Tommy

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa siasatan terhadap salah guna kuasa rentetan daripada pendedahan YB Dato’ Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang) semalam.

Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara mesti menyiasat dan menyelesaikan isu berlakunya salah guna kuasa dan rasuah dalam meluluskan pelepasan pembekuan akaun bank taikun hartanah, Tan Sri Lim Soon Peng.

Medan di parlimen bukanlah satu jenaka, melainkan ia adalah fakta tepat yang direkodkan dalam setiap ucapan. Kesahihan terhadap sesuatu pendedahan mempunyai nilai yang tinggi.

PAS dengan tegas menyatakan dukungan terhadap mana-mana NGO/NGI dan rakyat Malaysia yang prihatin membuat laporan polis secara besar-besaran ke atas Tun Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng dan Tan Sri Tommy Thomas dalam kes ini bagi memastikan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku di negara kita dapat ditangani.

'Islam Memimpin Perpaduan'

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
11 Ogos 2020 | 21 Zulhijjah 1441


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.