Header

Syed Saddiq minta maaf, tidak pecat Lim Teong Kim


KUALA LUMPUR, 29 Sept — Menteri Belia dan Sukan meminta maaf kepada peminat bola sepak tempatan kerana kemelut isu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan jurulatih skuad B-16.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Lim Teong Kim tidak dipecat dan masih menjadi pengarah Akademi Bola Sepak Negara yang sah, lapor Utusan Malaysia.

“Saya dengan penuh rasa rendah diri meminta maaf kepada penyokong bola sepak tanah air. Seperti anda semua, saya juga mengidamkan hari di mana Malaysia akan layak ke Piala Dunia (B-17),” katanya dalam kenyataan.

“Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya juga bertanggungjawab ke atas pembangunan semua sukan yang lain.

“Ada kalanya, keputusan yang sukar perlu dibuat demi pembangunan sukan negara secara keseluruhan.”

Katanya tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memecat Lim selepas tamat Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-16, Rabu lalu tiada kaitan dengan NFDP.

Mengenai gaji Lim yang mencecah RM175,000 sebulan, katanya angka itu tetap akan dinilai semula selepas Majlis Sukan Negara (MSN) terpaksa menanggung sepenuhnya akibat penaja tarik diri.


“Saya juga mahukan LTK terus menerajui NFDP dengan kepakaran yang beliau ada tetapi situasi kewangan yang ada pada MSN ketika ini tidak mampu untuk menanggung pakej yang sama.

“Jadi saya harap perbincangan dengan beliau bakal menemukan titik tengah yang menguntungkan kedua-dua belah pihak demi masa depan bola negara,” katanya.

Kemelut timbul apabila Malaysia gagal ke Piala Dunia B-17 2019 di Peru selepas tewas 0-2 kepada Jepun.

Syed Saddiq kemudian meminta Lim bertanggungjawab terhadap kekalahan itu dan mempersoalkan gaji bulanannya tanpa cukai.



NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.