Header

"Tak tahu malukah? Mohd Saiful diboo penyokong Anwar


PORT DICKSON: Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan berdepan laluan getir menjelang kempennya ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson apabila dia diejek sekumpulan individu semasa hari penamaan calon pada Sabtu.

Sebaik Pengawai Pengurus Pilihan Raya Khairy Maamor mengumumkan pencalonannya di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini, Mohd Saiful diboo dalam nada yang kuat.

Beberapa individu turut menjerit:"Tak tahu malukah".

Tindakan itu seolah-olah bercanggah dengan janji Pakatan Harapan untuk tidak menggunakan serangan peribadi dalam kempen pilihan raya mereka.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution pada Jumaat berkata:"Kalau orang baling tahi, kita akan baling bunga."

Anwar berkata beliau akan menasihati penyokongnya supaya tidak melakukan serangan peribadi tetapi katanya, dakwaan 'berniat jahat' Mohd Saiful pada masa lalu perlu diambil kira.

"Saya akan menasihati mereka, sudah tentu. Tetapi, seseorang boleh menghargai usaha-usaha jahatnya pada masa lalu.

"Lebih mudah untuk kata maafkan dan teruskan kehidupan tetapi (anda) juga perlu menghargai berapa ramai yang kecewa dan siapa yang menderita dalam proses itu," katanya.

Anwar berkata beliau tidak bimbang dengan kemungkinan Mohd Saiful menggunakan dakwaan kes liwat sebagai taktik kempen menentang dirinya.

"Itu masalah dia dan saya tidak mahu masuk campur. Saya mahu fokus kepada kerja saya dan saya fikir kepimpinan membuat keputusan yang sama."

Terdahulu, mereka dilihat agak janggal semasa berjabat tangan sebelum memasuki pusat penamaan calon.

"Saya tidak sabar mahu bertemu dengannya di dalam. Sudah lama sejak kali terakhir saya bertemu dengan beliau," kata Mohd Saiful ketika ditemui pemberita.

NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.