Equanimity dijangka dijual hujung tahun ini
Kapal layar mewah Equanimity dijangka akan mula dijual akhir tahun ini.
Ini susulan keputusan Mahkamah Tinggi (Admiralti) di Kuala Lumpur hari ini membenarkan pelantikan broker pusat dan penilai antarabangsa terhadap kapal tersebut.
Arahan itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Khadijah Idris selepas selesai penghujahan peguam 1MDB dan kerajaan.
Peguam yang dilantik kerajaan Sitpah Selvaratnam yang tampil bersama peguam kanan persekutuan Alice Loke berkata, kerajaan telah bersetuju untuk melantik broker pusat dan penilai.
Dengan pelantikan itu, proses penjualan kapal tersebut akan dapat mula dilakukan.
NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/
Post a Comment