Header

Beri permit import kereta kepada lebih ramai Bumi, kata ahli Parlimen


KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan menyeru dasar permit import terbuka dibaiki supaya lebih ramai Bumiputera mendapat manfaat daripada perniagaan import kereta, dan bukan hanya sekumpulan Bumiputera kaya tertentu.

Lim Lip Eng (PH-Kepong) meminta butiran mengenai 128 syarikat yang didaftarkan sebagai pemegang AP.

“Terdapat 128 syarikat AP dan 36 syarikat baru. Siapa para pemilik 129 syarikat itu?” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau tertanya adakah 128 syarikat itu milik ahli politik Umno dan kroni-kroni mereka dan mahu tahu mengapa syarikat-syarikat itu layak memegang AP.

Lim mencadangkan sebahagian AP yang dipegang 128 syarikat itu diberi kepada golongan Melayu muda atau kepada yayasan yang boleh membantu golongan isi rumah Melayu berpendapatan 40% terendah.

AP diberi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan dalam bentuk AP Francais yang diberi percuma kepada pemegang francais jenama-jenama kereta, dan AP Terbuka yang diberi pada harga RM10,000 setiap satu bagi import kereta sebarang jenama.

Minggu lepas, kementerian mengesahkan 36 syarikat Bumiputera baru layak sebagai pemegang AP bawah dasar AP terbuka baru, dengan syarat-syarat ketat, seperti milik Bumiputera 100%, modal berbayar sekurang-kurangnya RM1 juta, dan sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam menjual dan mengedar kenderaan.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.