Header

Dua jam di SPRM, ketua penerangan PAS nafi miliki banyak kereta mewah


KUALA LUMPUR, 9 Mac ― Ketua penerangan PAS menolak “fitnah” bahawa beliau memiliki kenderaan mewah dengan menegaskan hanya memiliki “sebuah kenderaan” sahaja.

Nasrudin Hassan memberi keterangan demikian kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung kes dana RM90 juta dan dakwaan memiliki kenderaan mewah.

“Mereka (SPRM) menyoal beberapa soalan mengenai kenderaan mewah yang kononnya saya miliki...sebenarnya saya cuma ada sebuah kenderaan saja,” katanya, lapor Harian Metro.

“Tuduhan Clare adalah fitnah yang berniat untuk menimbulkan persepsi politik terhadap PAS,” kata bekas ahli parlimen Temerloh itu, selepas disiasat selama dua jam.

Beliau turut menyifatkan tuduhan editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown “sangat tidak adil” apabila menggunakan media supaya individu yang difitnah menyaman beliau.

Sepatutnya pihak berkuasa menyoal dan meminta Clare mengemukakan bukti tuduhannya dan bukannya membebankan mangsa yang difitnah, tambah Nasrudin.

Tiada dokumen diserahkan pada SPRM. Nasrudin dan Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik antara 13 pemimpin PAS yang disiasat berhubung kes tersebut.

Keterangan berkaitan isu itu mula direkodkan SPRM selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan penyelesaian luar mahkamah kes saman antara beliau dan Clare.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.