Header

Umno, PAS bincang kerajaan campuran di 4 negeri, kata Tok Mat


PETALING JAYA: Beberapa hari selepas Umno dan PAS mengumumkan kerjasama rasmi, kedua-dua parti kini dalam perbincangan untuk membentuk kerajaan campuran di 4 negeri yang ditadbir mereka, lapor media.

Menurut Utusan Malaysia, Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata, cadangan “kerajaan penyatuan ummah” di Terengganu, Pahang, Kelantan dan Perlis dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa khas Umno-PAS baru-baru ini.

Kerjasama itu juga bakal menyaksikan Umno dan PAS menggempur kerajaan Pakatan Harapan di Perak dan Kedah, yang mempunyai perbezaan kerusi DUN yang kecil.

“Kita akan ‘goncangkan’ agar mereka tidak senang duduk,” katanya dalam satu perjumpaan dengan pimpinan Umno Melaka.

Umno dan PAS pada Isnin mengumumkan kerjasama di peringkat Parlimen dan pilihan raya kecil akan datang selepas mengambil kira keadaan politik semasa.

Di Kelantan, PAS mempunyai 37 kerusi manakala Barisan Nasional 8 kerusi, sementara di Terengganu, PAS mempunyai 22 kerusi dan BN 10 kerusi.

Di Pahang, BN mempunyai 25 kerusi dan PAS 8 kerusi. Di Perlis, BN mempunyai 10 kerusi dan PAS 2 kerusi.



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.