Header

Fitnah Apa Pula Selepas Ini??


ROKET(DAP) MENJUNAM Di Cameron Highlands, manakala BUNGA RAYA(BERSATU) GUGUR di Semenyih.

Masalahnya siapa menyebabkan kedua-duanya dilanda garuda terus kecundang,
tanyalah mereka. Tetapi semua pihak menyalahkan PAS, PASlah punca utama mereka tidak menang sedangkan PAS tidak ada kena mengena dalam dua cerita filem ini. Pepatah mengatakan 'ORANG LAIN MAKAN NANGKA, ORANG LAIN YANG KENA GETAHNYA.'

Anda lihat di mana kekuatan PAS walaupun PRU14 bergerak secara solo tetapi mendapat pertambahan kerusi DUN di seluruh negara sebanyak 90 kerusi di samping mengekalkan KELANTAN serta ditambah dengan satu Negeri lagi TERENGGANU.

Jika ditanya apa rahsianya? Mudah sahaja; AHLI ISTIQOMAH serta faham manakala PIMPINAN IKHLAS.

Duit PAS berada dalam poket Ahli PAS, fahamkah mereka?? Nak di harapkan sepertimana yang dicanangkan RM 90 juta, jadilah sebagai "HALWA TELINGA" sahaja.

PRK N27 RANTAU, pastinya kali ini suasana amat berbeza sekali sama ada senjata serta peluru FITNAH ditambah, atau pun sebaliknya ada idea baru pula dari mereka?

Wow!!! setakat ini semua PRK yang berlangsung di sebelah selatan..sebelah utara tak ada ke? Manalah tahu KEDAH ke PERAK ke..sebab di sana bukannya 'strong' sangat. Angin bertiup semacam nak jadi 'bencana' di dua negeri ini, tapi entahlah..Kalau nak tengok kera berdebuk ke tanah bila angin sepoi-sepoi dalam lena je tangan terus terlepas..Izin Allah mana tahu ada perubahan kuasa..?

Tapi itu lah, pengundi Melayu kena peka betul-betul di setiap PRK jangan pulak nak main 'CatCilut'. Sebab kesannya sangat mendalam. FITNAH bukan perlu bukti cukup dengan diulang-ulang..

Manusia ini bila ada (tanda soal"?") dalam fikirannya sudah memadai..Contoh mudah: Kawan kita keluar dengan isteri nya, bertembung dengan kita, lalu kita melawak di hadapan isterinya dengan berkata "Ini yang mana pulak?" Tentu isterinya berfikir-fikir sepanjang jalan.

Beginilah trend baharu yang dimainkan oleh Pimpinan PH kebelakangan ini untuk memburukkan PAS di mata ahlinya serta masyarakat. Semuanya dengan cara FITNAH, tapi nampak gayanya Alhamdulillah pengundi cerdik tak tersangkut dengan FITNAH.

Mohon Allah lindungilah PAS dari dikenakan FITNAH yang kami sendiri sebagai ahli tidak mampu menghadapinya..wallahua'alam.

ISLAM SENTIASA DIHADAPAN, ISLAM MEMIMPIN.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=615490882228832&id=275464012898189

Ras Putra @ Pak Engku
4/3/2019, Ipoh, Perak.

#MAMPUCentre
#SEJAHTERAbersamaISLAM
#IslamMemimpin

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.