Najib buka akaun AmBank untuk terima wang dari luar negara, kata saksi
KUALA LUMPUR: Najib Razak buka akaun semasa di AmBank pada Januari 2011 untuk menerima sejumlah wang dari luar negara, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Pengarah AmBank Cawangan Raja Chulan, R Uma Devi berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) diberitahu menerusi Sistem Pemantauan Operasi Ringgit (ROMS) pada Februari tahun yang sama kerana menjangkakan transaksi wang masuk yang besar.
Uma berkata berdasarkan rekod bank antara 2011 dan 2013, RM2.6 bilion (AS$681 juta) masuk ke akaun milik Najib yang dibuka pada 13 Januari 2011.
Uma Devi berkata rekod menunjukkan RM2.6 bilion masuk sebagai sumbangan dan hadiah daripada Faisal Turki, kerabat raja Saudi, serta daripada Blackstone Asia Real Estate Partners.
Turut didedahkan RM304 juta dimasukkan ke akaun itu pada 2011, RM756 juta pada 2012 dan RM1.9 bilion pada 2013.
“Pada 23 Ogos 2014, RM2.034 bilion (AS$620 juta) diremit keluar negara,” katanya ketika disoal peguam Najib, Harvinderjit Singh.
Beliau berkata Najib kemudian memindahkan RM162 juta kepada akaun baru yang berakhir dengan nombor 880, manakala akaun sebelum itu, yang berakhir dengan nombor 694, ditutup pada 30 Ogos 2013.
Uma adalah saksi ke-21 yang memberi keterangan pada perbicaraan itu.
Najib berdepan 6 pertuduhan pengubahan wang dan pecah amanah dalam pemindahan RM42 juta ke akaunnya dari akaun SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.
Beliau juga didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri dengan memberi jaminan kerajaan untuk pinjaman SRC International sebanyak RM4 bilion dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan.
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Iklan Berbayar :
☀ Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮
Post a Comment