Header

Slogan 'Bossku' idea rakyat


SABAK BERNAM - Kebangkitan rakyat melalui fenomena 'Bossku' yang melanda seluruh negara diilham, dirancang dan dilaksanakan sendiri oleh rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, fenomena itu amat diminati terutama di kalangan golongan muda kerana hasil cetusan idea daripada rakyat.

"Justeru itu, kalau ia (Bossku) datang dari kerajaan tidak akan dapat sambutan namun jika dari rakyat dan akar umbi tiada siapa boleh menghalang.

"Rakyat kini sudah mula merasai bebanan kos sara hidup dalam tempoh 10 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah," katanya ketika berucap pada Program Sabak Bernam Bersama Bossku di Dataran berhampiran Bangunan UMNO Bahagian Sabak Bernam, di sini hari ini.

Jelas beliau, ini berikutan rakyat bila janji PH untuk menurunkan harga minyak, tol dihapuskan serta pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Terdahulu, program tersebut mendapat provokasi daripada kira-kira 20 individu dipercayai dari penyokong Pakatan Harapan (PH).

Najib menerusi hantaran di dalam Facebook miliknya menjelaskan orang PH (Pakatan Harapan) cuba lagi untuk melakukan provokasi semasa sarapan pagi di Selangor sama seperti penyokong kerajaan yang membuat membuat provokasi di sebuah restoran dekat Universiti Malaya (UM) dua minggu dahulu.

"Saya makan nasi campur pun PH tak senang," katanya. - K! ONLINE


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.