Header

Umno-PAS perlu wujudkan formula menang-menang, elak kontroversi, kata Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR, 19 April — Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyarankan agar Umno dan Pas mewujudkan situasi ‘menang-menang’ di antara kedua-dua belah pihak.

Ahmad Zahid juga berharap semua pemimpin sama ada Umno atau Pas untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Jelas Ahmad Zahid, cadangan itu merupakan jalan terbaik ke arah ‘wahdatul amal’ bagi memperkemaskan ikatan perpaduan bagi kedua-dua parti.

“Mengelak daripada berkonfrontasi perkara ‘furu’ dan mengeluarkan kenyataan yang bersifat kontroversi, menyingung hati dan perasaan kedua-dua pihak.

“Meletakkan ‘thiqoh’ kepada jawatankuasa kerja khas teknikal menyusun dan mengatur program dan aktiviti ke arah wahdatul amal,” katanya di laman Facebook, hari ini.

Umno dan Pas sebelum ini telah mengumumkan kerjasama secara rasmi dalam usaha menumpukan perhatian terhadap penyatuan ummah.

Namun, Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan bagaimanapun, menyatakan kerjasama itu bukan gabungan tetapi dibuat atas dasar kebersamaan terhadap isu yang mempunyai asas kepada kedua-dua pihak.

DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily


Iklan Berbayar :
Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.