Header

Ezam tubuh Parti Negara


Bekas senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor mengumumkan penubuhan Parti Negara (NEGARA), sebagai wadah politik baharu berteraskan perjuangan yang akan menentang rasuah.

Beliau berkata, matlamat penubuhan NEGARA adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara anti rasuah yang bersih daripada penyelewengan dan salah laku.

Bercakap kepada pemberita selepas menghantar permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya hari ini, Mohamad Ezam berkata, parti berbilang kaum itu terbuka kepada setiap warganegara berumur 18 tahun ke atas.

“Cogan kata parti adalah Perjuangan Negara Anti Rasuah dan perjuangan kami adalah untuk menjadikan rasuah sebagai musuh utama negara,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Ditanya mengenai status permohonan parti baharunya itu, beliau berkata, ROS mungkin perlu mengambil sedikit masa mengenai kelulusan permohonan berkenaan kerana ia berdasarkan satu objektif sahaja.

“Kami dilayan dengan adil dan baik oleh ROS, dan mereka memberitahu permohonan kami mungkin akan mengambil sedikit masa kerana penubuhan kami adalah berdasarkan satu objektif sahaja.

“Jadi saya percaya ROS perlu merujuk dahulu (perkara ini) dengan beberapa pihak lain. Kami sanggup menunggu,” katanya.

Pada Oktober 2016, Mohamad Ezam mengumumkan keluar daripada UMNO, selepas menyedari parti itu dah ahlinya tidak serius mahu melakukan pembaharuan, terutama berkaitan rasuah dan penyelewengan.

Beberapa minggu selepas keputusan itu, beliau mengumumkan penyertaannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang diterajui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, beliau yakin Bersatu mampu membawa impak besar dalam perjuangan menentang rasuah di Malaysia terutama dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International.

Bagaimanapun, hanya tiga bulan bersama Bersatu, Mohamad Ezam mengesahkan keluar daripada parti berkenaan pada 30 Disember 2016.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily


Iklan Berbayar :
Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.