Header

Daim mahu kerajaan henti ikut rentak Najib


Kerajaan sepatutnya tidak membuang masa dan berhenti mengikut rentak bekas perdana menteri Najib Razak, kata bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Daim Zainuddin.

"Saya tanya Najib, siapa runding Projek Rel Keretapi Pantai Timur. Sampai sekarang dia belum jawab.

"Sebab itulah saya kata, masalah dengan (Pakatan) Harapan ialah mereka menari ikut rentak Najib.

"Fokus pada naratif kamu sendiri dan lupakan tentang dia. Tapi mereka tumpukan perhatian untuk menjawab dia," kata Daim dalam temu bual dengan Focus Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai bagaimana Malaysia boleh bekerjasama rapat dengan China.

Bekas menteri kewangan itu berkata, Malaysia perlu membuka pandangan lebih luas bukan hanya untuk bekerjasama dengan China tetapi juga firma kerajaan-kerajaan asing.

Sementara itu, Daim juga mengeluh tentang interaksi yang lemah di kalangan menteri PH, malah sesama anggota parlimen dan ahli parti.

"Yang paling menonjol mungkin komunikasi yang lemah antara menteri kabinet dan rakyat.

"Oleh kerana komunikasi yang lemah ini, isu mudah menjadi rumit, isu positif menjadi negatif, dan niat baik bertukar menjadi sebaliknya," katanya.

Bekas menteri kewangan itu berkata anggota kabinet pada masa ini mungkin membuat kesilapan sedemikian kerana kurang pengetahuan mengenai peraturan, prosedur dan protokol.

Justeru itu beliau berkata pemimpin kerajaan perlu mempelajari sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan atau akan dilihat sebagai 'bodoh dan sombong'.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily


Iklan Berbayar :
Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.