Header

Tunjukkan video seks didakwa mirip menteri pada saya, kata Dr M


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak tahu penyebaran video seks sejenis yang didakwa membabitkan individu mirip seorang menteri di bawah kerajaan pimpinannya.

“Saya tak tahu apa pun, saya baru dengar, saya kena baca dulu.

“Kalau awak boleh bagi ‘briefing’, (tunjukkan) boleh juga,” katanya yang disusuli gelak tawa beberapa menteri yang turut menghadiri sidang media selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di sini, hari ini.

Mereka adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub.

Sekurang-kurangnya 3 klip video seks menunjukkan keadaan dalam sebuah bilik hotel dengan suara berita asing kedengaran dalam rakaman yang tersebar di WhatsApp sejak awal hari ini.

Turut tersebar ialah perbualan seks antara individu itu dengan lelaki yang didakwa pegawai seorang timbalan menteri.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

1 comment:

  1. Kih kih kih.... D bawah pentadbiran madey ni asyik kes sex je k...����

    ReplyDelete

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.