Header

PH pandang remeh krisis Kuala Koh


KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa seolah-olah tidak mengambil kisah dan memandang remeh akan nasib Orang Asli suku kaum Batek di Kuala Koh, Gua Musang yang berdepan dengan krisis wabak penyakit.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, ini kerana tiada tindakan tegas dikenakan Kerajaan Pusat termasuk untuk menguji sumber air yang didakwa tercemar di kawasan terbabit.

Menurutnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy mengesahkan insiden dan kematian tersebut berkemungkinan disebabkan jangkitan pneumonia yang merebak melalui pencemaran air.

“Ini amat mengecewakan apabila kerajaan PH masih belum bertindak mencari punca ‘penyakit misteri’ serta memberikan rawatan yang sesuai walaupun sebanyak 14 nyawa sudah terkorban, dan berpuluh-puluh lagi masih menerima rawatan.

“Penduduk-penduduk Orang Asli kini hidup dalam ketakutan selepas kehilangan 14 ahli masyarakat mereka, namun kerajaan dilihat seolah-olah cuai dan lambat bertindak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.