Header

Syed Saddiq tolak cadangan naikkan umur bersara 65 tahun


PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menolak cadangan untuk menaikkan umur persaraan daripada 60 kepada 65 tahun.

Beliau berkata, keutamaan perlu diberikan kepada golongan muda untuk mendapat kerja dan dinaikkan pangkat berdasarkan merit, bukan sahaja faktor umur.

Katanya, terdapat kira-kira 500,000 golongan muda yang menganggur dan kadar pengangguran Malaysia ialah 10.7%.

“Perbandingan dengan dengan negara maju tidak tepat. Pengangguran belia Jepun hanya 3.4%, Singapura 5.9% dan Jerman 6.2%,” katanya.

Cadangan meningkatkan umur persaraan dibuat semalam oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebagai sebahagian daripada cadangan untuk Belanjawan 2020.

Setiusaha agung MTUC J Solomon berkata, rakyat Malaysia kekurangan pendapatan bagi menampung hidup selepas umur persaraan kerana jangkaan hayat negara diunjurkan mencecah 80 tahun.

Umur persaraan lebih tinggi boleh menambah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka yang berpendapatan rendah dan warga emas.

“Kami mencadangkan supaya lanjutan umur persaraan dijadikan pilihan dan pada masa sama pengeluaran simpanan KWSP pada umur 55 tahun seperti diamalkan sekarang juga dijadikan pilihan.

“Bagi yang mengeluarkan simpanan pada umur 55 tahun, mereka akan terus mempunyai simpanan sehingga umur 65 tahun dengan pelanjutan umur bersara wajib,” katanya.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.