Header

Zambry dilantik Pengerusi MAHB


BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan mengambil alih jawatan Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkuat kuasa esok.

MAHB dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan Zambry akan menggantikan Tan Sri Zainun Ali yang melepaskan jawatan sebagai pengerusi bukan bebas bukan eksekutif selepas penutupan perdagangan Bursa Malaysia, hari ini.

"MAHB mengucapkan penghargaan kepada Zainun atas sumbangannya yang tidak ternilai sepanjang perkhidmatannya.

"Malah, Zainun memainkan peranan utama dalam membantu Malaysia Airports mengatasi krisis jaringan KLIA pada 2019 selain berperanan dalam perbincangan Perjanjian Operasi Baharu antara Malaysia Airports dengan pihak kerajaan," katanya.

Zainun, 68, adalah seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan dilantik sebagai Pengerusi MAHB pada 18 Januari 2019 menjadikan beliau sebagai pengerusi wanita pertama MAHB.

Zambry, 58, adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor sejak 2004 sehingga kini dan bekas Menteri Besar Perak (2009-2018). - Metro


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.