Header

Ketua Pemuda, Muslimat PAS hadir persidangan Sayap Umno


KUALA LUMPUR: Selepas lebih 60 tahun PAS bermusuhan dengan Umno, hari ini kedua-dua parti itu dilihat semakin serasi khususnya selepas pilihan raya umum ke-14 Mei lepas .

Hari ini sekali lagi kemesraan itu jelas kelihatan apabila pemimpin kanan PAS yang diketuai Ketua Wanita Dr Nuridah Mohd Salleh mewakili Dewan Muslimat parti itu dan Muhammad Khalil Abdul Hadi mewakili Pemuda PAS hadir ke persidangan sayap Umno sempena Perhimpunan Agung 2018, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Nuridah dan Khalil sarta rombongan tiba kira-kita jam 8.15 pagi disambut pemimpin Umno sebagai membalas budi keterbukaan pemimpin Umno menghadiri Muktamar PAS di Terengganu pertengahan bulan lalu. Khalil (songkok putih) di persidangan Pemuda Umno.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga dijangka akan menghadiri Persidangan Agung Umno mewakili presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

15 September lalu Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengetuai rombongan hadir di majlis perasmian Muktamar PAS Pusat kali ke-64 bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.

Hadir sama Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa, Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Penerangan, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Wanita, Datuk Noraini Ahmad serta pimpinan tertinggi parti itu.

Persidangan Agung Umno akan berlansung selama 3 hari bermula semalam.

Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan membahaskan ucapan perasmian Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini, sementara
Zahid akan menyampaikan ucapan dasarnya malam ini dan akan dibahaskan pada hari berikutnya.

Persidangan Agung Umno kali ini merupakan perhimpunan kali pertamaya sebagai pembangkang susulan kekalahan mengejut arti itu dalam pilihan raya lepas.

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.