Header

PSM demo gaji minimum di PD


Sekumpulan 30 penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengambil kesempatan berhimpun di Port Dickson sempena penamaan calon bagi pilihan raya kecil.

Mengangkat sepanduk dan mengedar risalah kepada orang ramai, mereka menuntut gaji minimum pekerja dinaikkan.

"Kami mahu tumpuan PRK ini adalah kepada isu rakyat. Kami ambil peluang ini untuk ketengahkan isu gaji minimum," kata anggota jawatankuasa pusat PSM S Arutchelvan kepada Malaysiakini.

Pada satu masa, sekumpulan anggota Wanita PKR mendekati kumpulan itu dan menggesa mereka mengundi Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti.

"Pastikan Anwar Ibrahim menang, baru gaji minimum boleh dinaikkan," kata salah seorang sambil tersenyum.

Terdahulu, kerajaan menyelaraskan gaji minimum seluruh negara pada kadar RM1,050 berkuatkuasa 1 Januari depan.

Bagaimanapun sejumlah pihak termasuk PSM tidak berpuas hati dengan kenaikan itu dan menuntut kadar RM1,500, seperti yang dicadangkan mereka kepada Majlis Gaji Minima Negara (MGMN).

Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran kemudian berkata kerajaan tetap komited untuk menaikkannya ke tahap itu dalam penggal pertama pentadbiran, seperti yang dinyatakan dalam manifesto PRU ke-14 Pakatan Harapan.



NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.