Header

Penuntut universiti tidak dihalang hadiri mana-mana PAU


KUALA LUMPUR – Tiada kes penuntut Universiti Awam (UA) dihalang daripada menghadiri Perhimpunan Agung Umno seperti yang didakwa pihak tertentu.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, kebebasan bersuara mahasiswa institusi pengajian tinggi sentiasa digalakkan dan perkara itu akan terus dijamin selari dengan manifesto PH.

"Sebagai Menteri Pendidikan, saya terbuka kepada penyertaan dan penglibatan mana-mana penuntut yang berminat dalam perhimpunan agung mana-mana parti politik, tidak seperti amalan rejim Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Dakwaan itu tidak berasas sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa UA tidak dibenarkan menggunakan kemudahan universiti seperti bas universiti untuk menghadiri AGM parti tersebut.

Hari ini sebuah portal melaporkan mengenai dakwaan penuntut UA diancam biasiswa mereka akan dibatalkan sekiranya menghadiri perhimpunan berkenaan.

Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini merupakan kali pertama diadakan selepas parti itu menjadi pembangkang berikutan kekalahan pada PRU14. - Bernama


NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.