Header

Mengarutlah Saya Tawar RM3.5 Juta – Najib


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dakwaan tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan Datuk Anthony Kevin Morais bahawa beliau menawarkan RM3.5 juta kepadanya untuk mengaku melakukan pembunuhan itu sebagai mengarut.

Katanya, ada tujuh individu dituduh dalam kes pembunuhan timbalan pendakwa raya berkenaan dan hanya tertuduh ketujuh membuat dakwaan sedemikian.”

“Hanya orang kena tuduh (OKT) yang ketujuh tiba-tiba mendakwa saya menawarkan RM3.5 juta melalui seorang pegawai penjara yang tidak dinamakan untuk mengaku membunuh Kevin.

“Sebelum menuduh saya, OKT ketujuh ini juga pernah menuduh adik kepada Kevin Morais menawarkan RM2 juta kepadanya untuk mengaku membunuh Kevin.

“Sebulan sebelum itu, OKT ketujuh juga mendakwa bahawa Dr Kunaseegaran yang turut didakwa dalam kes ini menawarkan RM1.5 juta bagi mengaku membunuh Kevin.

“Tuduhan OKT ketujuh ini untuk membabitkan nama saya nampaknya sangat mengarut,” katanya dalam kenyataannya seperti dilaporkan sebuah portal berita malam tadi. – BH Online

NADIREFORMASI
http://nadireformasi.blogspot.com/

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.