Tunku Ismail calon empat nama PM
JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menamakan empat figura berpotensi menjadi perdana menteri di masa akan datang.
Pendapat dikongsi menerusi laman twitter rasmi beliau itu menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.
Turut menjadi pilihan Tunku Ismail adalah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Bagaimanapun Tunku Ismail menjelaskan kenyataan itu bukan bersifat bersifat mahu mencampuri hal politik tetapi sekadar pilihan peribadinya sahaja.
“Ini cuma pilihan saya, tidak mencampuri hal politik langsung, jadi jangan ada yang melatah.
“Anda tahu siapa yang saya rasa berpotensi menjadi perdana menteri terbaik satu hari nanti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Azmin Ali, Khairy Jamaluddin dan Nurul Izzah,” katanya dalam tweet berkenaan.
Tunku Ismail dalam ruangan tweet yang sama juga sempat membalas capaian seorang pengguna twitter lain yang mencalonkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan perlu berada dalam senarai itu.
Dalam tweet ditulis pengguna dengan nama @_ahmadboii itu menyatakan : Tunku Dato Ahmad Maslan tak orait ka? Kita perlukan jugak perdana menteri yang funny dan pandai masak.
“Dia (Ahmad Maslan) suruh masak dekat rumah saya aja.. haha just joking,” balasnya.
Post a Comment