Header

Ahli Parlimen Bukit Gantang nafi letak jawatan


Bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menolak spekulasi bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Sebaliknya, wakil rakyat Bebas itu menegaskan akan terus memberi khidmat kepada penduduk di kawasan Parlimen itu.

“Saya tidak pernah terfikir untuk meletakkan jawatan pada masa ini dan akan terus komited meneruskannya melalui pelbagai inisiatif diambil oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang kepada rakyat di kawasan ini,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Syed Abu Hussin, yang keluar Barisan Nasional (BN) dan Umno selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin yang bertiup kencang dalam kalangan penduduk di kawasan Parlimen berkenaan kononnya beliau akan meletakan jawatan itu.

Sementara itu, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohd Kamaruddin Abu Bakar, ketika dihubungi berkata, beliau ada mendengar spekulasi tersebut sejak kebelakangan ini.

“Saya sendiri ada terdengar hasrat wakil rakyat bebas itu hendak menumpukan usaha beribadah selepas meletakkan jawatan.

“Kemungkinan persoalan itu akan terjawab selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, 13 April ini,” katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sepetang,” katanya



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/

1 comment:

  1. asalnya lihat umno akan berkubur, rupa2nya tidak! nyesal keluar umno?

    ReplyDelete

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.