Header

Bukan Mujahid, ‘Haiwan pun hairan’ kata Mufti Perlis


KUALA LUMPUR – Haiwan pun hairan dengan tindakan penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berhimpun dalam perakan hari wanita di Kuala Lumpur semalam yang bukan sahaja bertentangan dengan syariat Islam dan naluri insani.

Sindiran itu dibuat oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang berkata, sebagai manusia biasa, golongan itu memang berhak berkumpul mempertahankan hak mereka selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan naluri insani.

Namun malangnya kata beliau, peserta bukan sahaja mendedahkan keaiban diri bahkan mendedahkan betapa mereka itu ‘cacat’ tapi juga mencacatkan fitrah.

“Manusia biasanya berkumpul dan melaungkan perasaan untuk menuntut hak yang tuhan berikan tapi telah dicabuli atau mencari kebaikan demi membela fitrah insani.

“Perarakan seperti itu bukan sahaja menghairankan manusia yang menuruti fitrah yang Allah tetapkan, tapi ia juga boleh menghairankan alam haiwan yang sentiasa berada atas ketetapan ciptaan Tuhan,” katanya dalam status Facebooknya hari ini.

Semalam, satu himpunan dan perarakan Women’s March yang diadakan semalam, penyokong LGBT dirakam melaungkan slogan seperti `Hidup LGBT’ dan mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu.

Walaupun perarakan itu bertujuan untuk meraikan Hari Wanita Sedunia yang disambut semalam, kelibat penyokong LGBT dilihat mencemarkan perarakan tersebut.

Antara perkara yang dituntut kumpulan berkenaan pada perhimpunan itu ialah menghapuskan diskriminasi jantina, menghentikan keganasan terhadap wanita dan kesaksamaan gender. – MalaysiaGazette
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.