Header

Kerajaan belanja RM14.22 juta selenggara kapal mewah Equanimity


KUALA LUMPUR, 28 Mac — Kerajaan membelanjakan kira-kira RM14.22 juta untuk penyelenggaraan kapal mewah Equanimity sejak Ogos 2018.

Kos penyelenggaraan itu merangkumi pembaikan, bahan api, guaman, insurans dan kos-kos berkaitan proses penjualan kapal, lapor Utusan Online.

“Mulai Ogos hingga Disember tahun lalu, jumlah keseluruhan kos yang telah dibelanjakan untuk kapal ini adalah sebanyak kira-kira RM11 juta.

“Kos bagi bulan Januari hingga Mac tahun ini pula dianggarkan kira-kira RM3.22 juta,” kata Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis hari ini.

Kementerian itu memaklumkan syarikat Wilson Yacht Management Ltd dilantik menyelenggara kapal itu sejak Ogos dan kini ia berada di Langkawi.

Bidaan penjualan kapal itu kini memasuki fasa kedua selepas harga bidaan fasa pertama tidak dipersetujui dan prosesnya akan berakhir 31 Mac ini.

DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.