Header

Kerjasama UMNO-PAS tidak bincang pembahagian kerusi PRU15: PAS Melaka


Kerjasama antara PAS dan UMNO di Melaka pada masa ini tidak melibatkan perbincangan mengenai pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti, kata Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek.

Beliau berkata, pimpinan pusat kedua-dua parti telah memberikan ‘lampu hijau’ kepada PAS Melaka dan UMNO Melaka masing-masing untuk bekerjasama dalam apa jua perkara tetapi tidak mengenai pembahagian kerusi.

“Kerjasamalah apa sahaja terutama yang melibatkan kepentingan Melayu dan umat Islam, tetapi soal pembahagian kerusi itu nanti dulu, dibincang kemudian,” katanya di Bandar Hilir di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Pimpinan Badan Perhubungan Umno Melaka, Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Media di sini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Dalam PRU14 pada Mei tahun lepas, PAS gagal memenangi sebarang kerusi daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan manakala UMNO memperoleh 13 dan baki 15 kerusi lagi dimenangi Pakatan Harapan (PH). – Bernama

DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.