Pasaran buruh: Henti diskriminasi Melayu, India
KAJIAN oleh Centre for Governance and Political Studies
(Cent-GPS) yang mendapati wujud diskriminasi kaum dalam sektor swasta
menunjukkan pelaksanaan dasar keseimbangan antara kaum di negara ini
masih lemah dan bermasalah.
Sebelum ini, isu diskriminasi kaum dalam
pasaran buruh ini sering diuar-uarkan sebagai berpunca daripada sikap,
kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris dan Mandarin yang lemah
terutamanya dalam kalangan orang-orang Melayu atau Bumiputera sendiri.
Menerusi laporan kajian Cent-GPS ini,
kini jelas bahawa ia adalah stigma semata-mata bagi menutup amalan
diskriminasi oleh pihak-pihak tertentu ke atas kaum-kaum lain.
Amalan diskriminasi ini hendakalah
dihentikan segera kerana ia membelakangkan Perkara 153 Perlembagaan
Persekutuan yang melindungi kedudukan istimewa orang Melayu; dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak; dan kepentingan sah kaum-kaum lain serta
boleh menjadi penghalang kepada pelaksanaan dan kejayaan resolusi
Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara.
Kerajaan digesa agar segera mengadakan perundingan menyeluruh dengan sektor swasta bagi menangani isu ini.
“Islam Memimpin”
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Sabtu, 9 Mac 2019 | 2 Rejab 1440
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
Post a Comment