Rahim Tamby Chik tuntut MP DAP minta maaf, bayaran RM1.5j
Bekas ketua menteri Melaka Rahim Thamby Chik telah menghantar surat tuntutan undang-undang kepada MP Kota Melaka Khoo Poay Tiong, menggesanya memohon maaf dan membayar pampasan RM1.5 juta.
Ini susulan kenyataan Khoo pada Disember 2018, menggesa Bersatu menolak permohonan keanggotaan Rahim ke dalam parti itu, mendakwa pemimpin itu terpalit dengan skandal.
Menurut Khoo, kenyataan tersebut didakwa Rahim sabagai fitnah.
"Saya tidak akan bersetuju dengan sebarang tuntutan yang dibuat Rahim. Saya menafikan dakwaan fitnah dan tohmah di dalam surat tuntutan undang-undang itu.
"Saya akan mengarahkan peguam saya untuk membalas surat itu. Saya sedia untuk membela diri dan melawan sebarang tindakan undang-undang yang mungkin difailkan Rahim," kata anggota parlimen itu dalam suatu kenyataan hari ini.
Pada Disember lalu, Khoo mendakwa Rahim menjadi sebahagian daripada 'trio Datuk' yang menayangkan video seks terhadap sekumpulan wartawan pada 2011.
Mereka mendakwa video itu memaparkan Presiden PKR Anwar Ibrahim bersama seorang pelacur. Anwar menafikan dakwaan itu.
Adakah permohonan Rahim ditolak?
Khoo juga berkata Rahim, yang menjadi ketua menteri Melaka selama 12 tahun, disiasat bagi dakwaan rogol statutori terhadap seorang individu bawah umur pada 1994. Kes itu kemudian digugurkan kerana kekurangan bukti.
Lim Guan Eng - anggota parlimen Kota Melaka pada masa itu - dipenjara selama 18 bulan bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1948 kerana mempersoalkan apa yang didakwanya sebagai "tiada tindakan".
Rahim yang bekas ketua pemuda Umno memfailkan saman terhadap DAP atas tuduhan rogol berstatutori itu. Parti itu kemudian menarik balik dakwaan itu selepas mengambil kira pihak yang membuat tuduhan telah menarik balik dakwaannya.
Rahim kemudian membatalkan saman terhadap DAP. Di sebalik tuduhan itu, Rahim tidak pernah disabitkan
Dalam pada itu, Khoo juga mempersoalkan kenapa Rahim mengambil masa yang lama sebelum mengeluarkan surat tuntutan itu.
"Adakah beliau ragu-ragu dan mengambil masa yang lama kerana beliau tidak mahu merosakkan peluangnya diterima masuk ke dalam Bersatu?
"Adakah ini bermakna permohonannya menganggotai Bersatu telah ditolak dan oleh itu kini beliau bebas membuat tuntutan undnag-undang terhadap saya?
"Dalam apa jua keadaan, saya mendesak Bersatu untuk mengambil perhatian terhadap tindakan mutakhir Rahim dan menilai jika beliau layak untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan," katanya hari ini.

Post a Comment