Ucapan sulung Agong jadi perhatian
KUALA LUMPUR 11 Mac – Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 bermula hari ini.
Seluruh negara bakal tertumpu kepada titah ucapan perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah pada majlis pagi ini yang akan disiarkan secara langsung melalui televisyen dan juga ‘live stream’ di Internet.
Ini merupakan ucapan sulung Seri Paduka sejak dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari lalu.
Persidangan kali ini dijangka menarik dengan perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berhubung langkah kerajaan untuk meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan hak asal Sabah dan Sarawak.
Parlimen juga mencipta sejarah apabila Ahli Parlimen Orang Asli pertama iaitu Ramli Mohd. Nor mengangkat sumpah hari ini.
Beliau dipilih ke Dewan Rakyat setelah memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen kawasan itu Januari lepas dan sesi kali ini akan bersidang selama 20 hari sehingga 11 April ini. – BERNAMA
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Post a Comment