Header

Budak 15 tahun enggan terus bicara, kes amang seksual Shahidan digugurkan


KANGAR 24 April — Mahkamah Sesyen di sini hari menggugurkan kes Datuk Seri Shahidan Kassim yang didakwa mencabul remaja perempuan berusia 15 tahun pada Oktober tahun lalu.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad memutuskan demikian berikutan mangsa enggan meneruskan perbicaraan dan mahu kes diselesaikan antara kedua-dua pihak, lapor Utusan Online.

“Mangsa yang dipanggil sebagai saksi kelima meminta kes tidak diteruskan dan diselesaikan secara baik,” kata Syed Muhammad Anwar Syed Lokman, peguam kepada bekas menteri.

Shahidan kelihatan tenang tetapi beliau enggan mengulas mengenai keputusan mahkamah. Perbicaraan berlangsung dua hari sejak semalam dengan lima saksi pendakwa dinamakan.

Beliau dituduh menyentuh tangan hingga ke bahu remaja dalam kereta Toyota Harrier di tepi jalan pekarangan Stadium Tuanku Syed Putra jam 11.30 malam pada 20 Oktober tahun lalu.

Pendakwaan dibuat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Jika disabitkan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebatan.

DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily


Iklan Berbayar :
Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.