Header

Kenyataan Ramasamy samakan PPBM dengan Umno adalah dangkal – Khaliq Mehtab


GEORGE TOWN, 23 Apr — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pulau Pinang mengecam kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy kerana menyamakan parti itu dengan Umno.

Ketua Penerangan PPBM Pulau Pinang Khaliq Mehtab Mohd Ishaq berkata, kenyataan Ramasamy itu adalah tidak wajar hanya kerana parti itu menyokong keputusan kerajaan mengekalkan kuota 90 peratus pengambilan Bumiputera bagi program matrikulasi.

“Kami menyokong dasar ini kerana percaya orang Melayu masih perlukan bantuan kerajaan dari segi peruntukan pendidikan.

“Kenyataan dangkal itu tidak berpegang kepada prinsip pemuafakatan dalam Pakatan Harapan,” katanya.

Khaliq yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam juga berharap Ramasamy lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan di masa depan.

Semalam, Ramasamy menyifatkan sokongan kepada pengekalan kuota 90 peratus Bumiputera bagi program matrikulasi mencerminkan PPBM tidak ubah seperti Umno yang mengamalkan politik perkauman melampau.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily


Iklan Berbayar :
Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.