Header

Jatuhkan PM: Pengecut yang tidak boleh dipercayai - Maszlee


KUALA LUMPUR 5 April - Selepas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyuarakan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, kali ini seorang lagi menteri Kabinet turut tampil mempertahankan Perdana Menteri susulan penarikan diri dalam Statut Rom bagi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Malah, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik turut melabelkan sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan Dr. Mahathir sebagai pengecut yang tidak boleh dipercayai.

Jelas beliau, usaha jahat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan isu Statut Rom dengan memutar-belit fakta untuk mengelirukan rakyat disifatkan permainan politik yang begitu teruk.

“Bukan mudah kita mahu berada di mana kita berada hari ini. Tidak dapat kita bayangkan bagaimana semua reformasi dan perubahan yang sedang kita jalankan, diganggu-gugat sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri. Lebih-lebih lagi menggunakan cara tidak demokratik.

“Apakah maknanya reformasi pentadbiran yang sedang berjalan jika kita terpaksa pula menempuh jalan sukar seperti ini? Kepemimpinan Dr. Mahathir wajar dipertahankan daripada gangguan tidak demokratik. Kita semua bertanggungjawab mempertahankannya,” katanya dalam akaun Twitter miliknya hari ini. - UTUSAN ONLINE



DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.