Jika Maszlee tidak ‘mampu’, beri kepada Nie Ching
KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik disaran supaya menyerahkan sahaja bebanan tugasan yang dipikul kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
Ini kerana beliau tidak mampu melaksanakan tugas secara sendirian selain tidak faham isu, kata bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.
Secara sakarstik, beliau sedia maklum dengan kesibukan Maszlee dalam menjaga ‘hal ehwal’ pelajar ketika ini jadi ada isu seperti matrikulasi tidak dapat diberikan perhatian sewajarnya.
Kata Kamalanathan lagi, menjadi budaya serta amalan para bekas menteri pada Barisan Nasional (BN) memberikan separuh daripada tanggungjawab serta bebanan kepada timbalan masing-masing.
Apatah lagi jika membabitkan kaum lain kerana lebih menjiwai peranan serta sentimen mereka dengan lebih mendalam.
“Saya diberikan tanggungjawab oleh bekas menteri saya untuk menjaga isu-isu berkaitan dengan masyarakat India. Contoh, Datuk Seri Mahdzhir Khalid beri saya peluang menjaga transformasi pendidikan kaum India sepenuhnya kepada saya. Itu Menteri yang sangat memahami denyutan sanubari kami.
“Sama seperti itu, saya ingin sarankan kepada Maszlee yang begitu sibuk dalam menjaga hal ehwal pelajar seperti warna kasut dan stokin supaya memberikan peluang kepada Timbalan kamu, Nie Ching supaya dapat tangani isu pengambilan ke program matrikulasi dengan lebih baik dan efisien.
“Jangan kamu keluarkan kenyataan seperti pelajar Cina dan India hanya mendapat tempat seandainya kuota bumiputera itu tidak di isi sepenuhnya, kami dapat 10 peratus daripada keseluruhan daripada tawaran itu,” katanya kepada pemberita hari ini.
Kamalanathan yang juga Ahli Majlis Tertinggi MIC berkata, ada kemungkinan besar soalan yang diajukan kepada KPM oleh umum khasnya masyarakat India tentang berapakah jumlah sebenar yang telah diperuntukan sebelum ini hanya akan diumumkan selepas proses rayuan selesai.
“Saya rasa begitu, saya rasa mereka akan tunggu sehingga dapat mencapai satu angka yang lebih sebelum buat pengumuman itu. Tapi peliknya, sekarang lagi kita sudah ada aduan pelajar cemerlang itu tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke matrikulasi selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Kita tunggu dan lihat apakah angka sebenar yang bakal di umumkan oleh mereka selepas ini, kerana jelas sekali kenyataan semalam tidak sebut apa-apa tentang itu,” tegasnya. –MalaysiaGazette
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Iklan Berbayar :
☀ Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮
Post a Comment