PH kalah meski serang habis-habisan
Menyambut keputusan tidak rasmi pilihan raya kecil (PRK) Rantau, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menyifatkan PH gagal memenangi kerusi itu meskipun menyerang habis-habisan.
"Kita perlu fahami keputusan ini.... Minggu ini, PH serang kita habis-habisan. (Presiden PKR) Anwar Ibrahim sehingga tinggal di Rantau bagi PRK ini," katanya dalam kenyataan di Twitter.
Dalam kiriman lain, Khairy mengulas kenyataan pengguna Twitter yang mengatakan PRK Rantau menyaksikan tsunami Melayu.
Khairy bagaimanapun tidak bersetuju dengan pandangan itu dan berkata: "Berdasarkan aliran keputusan, bukan hanya Melayu. Rantau menyaksikan sokongan yang baik dari pelbagai bangsa untuk Mohamad."
"Mungkin lebih ketara berbanding di Cameron Highlands dan Semenyih. Sudah tentu, hanya ada satu Tok Mat (Mohamad), tapi ia juga bererti pengaruh BN boleh dipulihkan di kawasan pelbagai kaum," katanya.
Rantau merupakan salah satu daripada dua kerusi DUN di bawah parlimen Rembau yang disandang Khairy.
Ketika berita ini ditulis, keputusan rasmi PRK Rantau belum diumumkan.
Bagaimanapun, berdasarkan pengiraan Malaysiakini, Mohamad sudah memperoleh jumlah undi yang diperlukan untuk memastikan kemenangan.
Setakat 7.05 malam tadi, Mohamad sudah mendapat 8,442 undi berbanding pencabar terdekat iaitu calon PH yang memperoleh 4,642 undi.
Pengiraan itu dengan anggaran 79 peratus keluar mengundi dari 20,926 pengundi yang layak.
Mohamad mengalahkan tiga calon lain iaitu Dr S Streram dari PH dan dua calon bebas.
Pada pilihan raya umum lalu, Mohamad yang juga merupakan bekas menteri besar Negeri Sembilan menang tanpa bertanding selepas Streram dihalang dari masuk ke pusat penamaan calon.
Mahkamah bagaimanapun meluluskan petisyen Streram dan mengarahkan PRK diadakan.
DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily
Iklan Berbayar :
☀ Anda Sakit Lutut? Sakit Tulang Belakang?Slip Disc? Sukar Solat Berdiri.. Cuba Ikhtiar Disini❯❯❯KLIK SINI❮❮❮
Post a Comment