Header

Perang Anwar-Azmin akan menjadi semakin buruk, kata penganalisis


PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata, tempelak tajam Mohamed Azmin Ali terhadap cadangan Anwar Ibrahim supaya beliau meletakkan jawatan sekiranya bersalah terlibat dalam insiden hubungan seks sejenis menunjukkan keadaan akan menjadi semakin buruk, dan melambatkan proses ambil alih kuasa daripada Dr Mahathir Mohamad.

Kamarul Zaman Yusof dari Universiti Utara Malaysia memberitahu FMT, beliau melihat sanggahan tajam Azmin – “dia patut lihat dirinya dalam cermin”- merupakan serangan pertama dalam perang terbuka antara presiden PKR itu dengan timbalannya.

Beliau berkata, konflik itu akan menggugat kestabilan PKR dan menyempitkan kemungkinan Mahathir menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar dalam masa terdekat.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania membuat rumusan sama, dengan berkata, Mahathir kini mempunyai alasan untuk memegang kuasa lebih lama.

“Dalam keadaan partinya kacau bilau, Anwar tidak akan berupaya mencabar Mahathir walaupun jika beliau mahu berbuat demikian,” kata beliau.

Kamarul berkata, keadaan juga tidak berpihak kepada Azmin.

Merujuk kepada klip video seks yang didakwa melibatkan Azmin dan bekas ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Aziz, beliau berkata, persepsi popular, khasnya di media sosial, percaya bahawa video itu tulen.

“Jadi dalam peperangan ini, Anwar nampaknya berada di atas,” katanya, dengan menambah bahawa Mahathir semalam, buat pertama kalinya, kelihatan menjarakkan diri daripada Azmin apabila beliau berkata, terserah kepada menteri hal ehwal ekonomi itu sama ada mahu mengambil cuti atau sebaliknya.

Mahathir sebelum itu berkata, video tersebut kemungkinan besar palsu dan Azmin tidak perlu meletak jawatan.

Kamarul berkata, respons Azmin terhadap Anwar menunjukkan beliau tidak bersedia untuk jatuh seorang diri.

“Saya percaya beliau mahu menarik Anwar jatuh bersamanya,” kata beliau.

Kamarul berkata, Azmin pastilah “banyak tahu” tentang Anwar kerana pernah berkhidmat sebagai setia usaha sulitnya sewaktu beliau menjadi timbalan perdana menteri.

Beliau juga berkata, penahanan terbaru pembantu Anwar berhubung pembikinan dan penyiaran klip video terbabit mewujudkan tanggapan bahawa presiden PKR itu terlibat dalam konspirasi tersebut walaupun beliau mungkin tidak ada kena-mengena dengannya.

“Keseluruhan insiden ini sangat buruk buat imej dan kredibiliti Pakatan Harapan (PH),” katanya. “Pemenang utamanya tentulah Umno dan PAS. Mereka hanya perlu bersabar, tutup mulut dan fokus kepada isu kehidupan harian rakyat.

Sembilan individu telah ditahan kerana mengedar klip video itu, termasuk Haziq, yang sebelum ini berkata, beliau merupakan salah seorang daripada 2 lelaki yang dipaparkan di dalam video itu.

Beliau menamakan Azmin sebagai pasangannya. Dakwaan itu dinafikan oleh Azmin yang berkata, ia bertujuan membunuh kerjaya politik beliau.

Turut ditahan ialah pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, yang dilihat sebagai anggota kem Anwar dalam PKR.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

1 comment:

  1. Halo,

    Adakah anda ingin Refinance perniagaan anda? Adakah anda memerlukan pinjaman tulen Online untuk mengamankan Bil anda? Memulakan perniagaan baru? Adakah anda memerlukan pinjaman peribadi? atau Pinjaman Perniagaan, Memohon pinjaman yang cepat dan mudah untuk memulakan pembiayaan baru projek anda pada kadar faedah paling murah sebanyak 4%. Hubungi kami melalui e-mel: Howardfinancialaid@yahoo.com

    PERKHIDMATAN KAMI

    * Pinjaman Rumah
    * Pinjaman Auto
    * Pinjaman Gadai Janji
    * Pinjaman Perniagaan
    * Kenderaan Kewangan
    * Pinjaman Peribadi

    Adakah anda memerlukan modal yang besar untuk memulakan cadangan atau pengembangan perniagaan anda? Adakah bank atau broker enggan Permohonan Pinjaman kerana Skor Kredit Rendah atau Kekurangan Jaminan Cagaran? Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami untuk kemungkinan kerjasama perniagaan. Kami menawarkan perkhidmatan pinjaman terjamin bagi jumlah warganegara dan bukan warganegara.

    Hubungi kami hari ini melalui e-mel: Howardfinancialaid@yahoo.com

    ReplyDelete

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.