Header

Statut Rom: 40 orang berhimpun desak Saifuddin, Tommy dipecat


KUALA LUMPUR, April 8 — Sekumpulan 40 orang berhimpun di pintu masuk Parlimen bagi mendesak menteri luar Datuk Saifuddin Abdullah dan peguam negara Tommy Thomas dipecat.

Mereka turut membawa plakad mengecam Saifuddin dan Tommy berkaitan isu Statut Rom antaranya tertera “pecat peguam negara” dan Tommy Thomas pengkhianat Raja-raja Melayu”.

Desakan dibuat kerana mereka didakwa menyokong Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD) dan menggesa kerajaan supaya menandatangani Statut Rom.

“Badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat Malaysia hilang kepercayaan terhadap Saifuddin dan Tommy kerana mereka tidak menjaga kedaulatan Perlembagaan Malaysia,” kata mereka yang memetik kandungan memorandum.


DETIKDAILY
http://www.detikdaily.net/
https://www.facebook.com/detikdaily
https://t.me/detikdaily

No comments

Theme images by billnoll. Powered by Blogger.